Balapan dan peraturan Show jumping

Balapan show jumpingGambarajah balapan

Kelas jumper diadakan sepanjang balapan berhalang show jumping, termasuk vertical (pagar lompat tinggi), spread (pagar lompat panjang), kombinasi berganda dua dan tiga, dengan banyak membelok atau berubah hala. Kuda dikehendaki melompat dengan kemas di sepanjang balapan yang diaturkan dalam masa yang ditetapkan. Kesalahan masa dikira untuk melampaui had masa. Kesalahan lompatan dikira untuk pelanggaran dan keingkaran terang-terangan seperti keingkaran (apabila si kuda berhenti di hadapan pagar atau mengelak pagar). Kuda akan hilang kelayakan selepas melakukan sejumlah keingkaran yang ditetapkan. Keenggangan boleh menyebabkan si penunggang melebihi masa yang dibenarkan di balapan. Kedudukan pemain adalah berasaskan jumlah mata atau "kesalahan" terkumpul. Kuda dan penunggang yang tidak mengumpul sebarang kesalahan lompatan atau mata penalti dikatakan mendapat markah "pusingan bersih". Pemain yang seri menjalani larian penentuan di atas balapan yang terangkat dan disingkatkan, malah bermasa; jika masih seri berasaskan fault terkumpul pada larian penentuan, masa yang masa terpantas dikira pemenang.

Dalam kebanyakan pertandingan, pemain dibenarkan untuk menjalani balapan asal, tetapi bukan balapan penentuan (iaitu biasanya balapan yang sama tetapi dikurangkan lompatan, cth., 1, 3, 5, 7, 8 daripada 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9) sebelum pertandingan untuk merancang penunggangan. Menjalani balapan sebelum acara adalah peluang untuk pemain mengikuti garisan-garisan yang perlu dilaluinya untuk memutuskan berapa langkah yang akan diperlukan oleh kuda sebelum setiap lompatan dan dari sudut yang mana. Penyimpangan dari balapan boleh memakan masa jika fault kecil dilakukan, sementara penyimpangan besar akan menyebabkan kelayakan dibatalkan.

Pertandingan peringkat tinggi seperti litar "Grand Prix" antarabangsa menyediakan balapan yang lebih teknikal dan rumit. Bukan sahaja tinggi dan lebar balapan dipertingkat untuk meningkatkan cabaran, malah kesukaran teknik juga bertambah dengan belokan yang lebih genting atau jarak antara pagar yang lebih dekat atau luar biasa. Adakalanya kuda juga perlu melompat pagar secara pepenjuru daripada secara melurus. Mislanya, penata balapan mungkin membuat garisan yang menetapkan 6½ langkah (selangkah kanter biasanya berukuran 12 kaki) antara pagar, maka memerlukan si penunggang untuk melaraskan langkah kudanya untuk mencapai jarak itu.

Tidak seperti kelas show hunter yang menilai ketenangan dan gaya; kelas jumper memerlukan keberanian, skop, kuasa, kejituan, dan kawalan; kelajuan juga diambil kira terutamanya dalam balapan penentuan dan kelas kelajuan (apabila masa diambil kira walaupun di pusingan pertama). Pemain jumper mesti melompat dengan besar, berani dan pantas, bahkan juga mesti berhati-hati dan persis dalam mengelakkan pelanggaran dan sentiasa mengimbangi diri dan senang ditunggang untuk menilai dan membelok secara jitu. Penunggang mesti memilih garisan yang terbaik ke setiap pagar, melakukan belokan yang terancang serta melaraskan langkah kuda untuk setiap pagar dan jarak. Dalam penentuan, penunggang mesti mengimbangi keperluan untuk memaksimumkan kelajuan serta membelok dengan sejitu-jitunya dengan keupayaan kuda untuk melakukan lompatan yang kemas dengan skop yang baik.

Berkaitan